Fall Objek love in pink

Saturday, February 12, 2011

Mencari Cinta www.khadijah1208

Mencari Cinta....Anda mencari CINTA?Awaslah dalam pencarian CINTA agar tidak terperangkap dengan CINTA bertuhankan NAFSU.Anda silap jika kerana CINTA anda sanggup:Berdosa,Tempah Neraka,Korbankan kehormatan diri dan Tinggalkan Ibubapa.Tahukah anda CINTA bertuhankan Nafsu tidak membawa BAHAGIA.                                                                                                                                    LELAKI mendapatkan SEKS dengan memperalatkan CINTA tidak akan pernah puas kerana kehendak nafsu tidak terbatas,umpama meminum air laut,semakin diminum semakin haus.                                                        WANITA yang memberikan SEKS untuk CINTA tidak akan mendapat CINTA SEJATI,hanya akan menemui kasanova dan lelaki hidung belang yang hanya cinta sebelum mendapat apa yang diidamkan,tetapi tunggulah sebaik habis saja manis,sepah akan dibuang.WANITA bukan hanya akan kehilangan CINTA tetapi hilang MARUAH,Kehormatan dan juga HARGA DIRI serta MARUAH KELUARGA juga tergadai.                                                                                                                                                                                                                  

6 comments:

  1. Ketahuilah, KEKASIH SEJATI; Menjaga Maruah dan Harga diri PASANGAN Menjauhi Pergaulan BEBAS/BERKHALWAT/BERZINA Tidak Mengunjungi Tempat Hiburan yang Membuka ruang kepada perlakuan tidak Berakhlak. Tidak menyaksikan bahan-bahan LUCAH/Filem-filem CINTA yang melalaikan. Tidak menghayati lagu-lagu CINTA yang mengasyikkan Tidak memandang dengan HAWA NATSU

    ReplyDelete
  2. Kesan-kesan Akibat Zina Menghilangkan Maruah dan Harga Diri Merosakkan Masa Depan.Mencemarkan nama Baik diri dan Keluarga,mengundang penyakit-prnyakit kelamin dan AIDS.Merosakkan Nasab (keturunan)jika HAMIL tanpa nikah yang SAH .Berdosa besar disisi ALLAH SWT.Mencemar kesucian Syariat Islam.

    ReplyDelete
  3. Cinta yang berlandaskan NAFSU Seks adalah Cinta yang diilhamkan oleh Tuhan kepada HAIWAN.Anda ingin disamakan dengan HAIWAN???.Katakanlah(Wahai Muhammad):"Wahai Hamba-hambaku yang telah melampaui Batas terhadap diri mereka sendiri(Dengan perbuatan MAKSIAT),jangan kamu berputus asa dari Rahmat Allah,kerana sesungguhnya Dialah jua yang maha Pengampun,lagi maha mengasihani.(Al-Quran,surah Az-Zumar,Ayat53)

    ReplyDelete
  4. Cintai ALLAH adalah CINTA yang Hakiki,kekal selama-lamanya,Cinta manusia akan kecewa,cinta dunia tak kekal sebab akhirat jua yang abadi ,CINTA JATI boleh di cari TAPI cinta yang KEKAL abadi...terlalu suci untuk dimiliki....

    ReplyDelete
  5. Hari ni anak-anak gembira sebab kat sekolah ada penyerahan komputer 1 Malaysia...di antara 3 orang adik beradik 2 orang yang terpilih...yang sorang 2 nampak macam kecewa je...Betapa beruntungnya anak-anak kita zaman sekarang semua kemudahan kerajaan siapkan....Alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. Jalur lebar semua dapat bermain-main di bibir anak-anak,nampak gembira je..TAPI ingat jangan salah guna kemudahan 2,pergunakanlah sebaik-baiknya. Semalam Forum kat TV ada sahabat berkata bahawasanya rakyat Malaysia asyik meminta-minta pada kerajaan itu ini tanpa mahu berusaha...Nah memang seharusnya lah rakyat berhak mendapat merasai apa yang mereka kehendaki atas pemilihan pucuk pimpinan ini...Wah untung nyer kita rakyat hidup kat Malaysia yang aman & damai

    ReplyDelete